Sunday, June 12, 2011

Harapan sebagai Rakyat dan Mahasiswa Selangor

1. Negeri yang Aman, Makmur dan Berkebajikan.
2. Negeri yang subur dgn ilmu
3. Pemimpin yang berjiwa rakyat
4. Bantuan Kewangan dan Pembiayaan pendidikan percuma kepada Mahasiswa Anak Selangor tanpa mengira taraf kehidupan.
5. Memperjuangkan zakat untuk Mahasiswa Anak Selangor.
6. Mengambil kira suara mahasiswa dalam sesuatu isu.
7. Pemerintahan yang pnuh berhikmah, adil dan telus
8. Pemimpin yang mesra dan amanah.
9. Menyediakan Peluang pekerjaan kepada para graduan anak selangor.
10. Melaksanakan program mentor-mentee antara mahasiswa ank selangor dengan para pemimpin pakatan rakyat atau YB kawasan masing2..

~~~Air oh Air~~~

Air adalah sumber dan keperluan asasi kita sebagai manusia.. Alhamdulilllah rakyat selangor dapat menikmati bekalan air percuma 20 meter padu pertama..mungkin ada sesetengah yang berkata..<<apla sgt dgn kemudahan tersebut??>><<ala..bpe ringgit sgt percumanya??>> mungkin e2 bg sesetengah pihak yg b'kemampuan dan juga bg pihak yg xpernh rse b'syukur.. lain pula bg golongan yang kurg b'kemampuan yg m'pnyai gaji yg rendah utk menyara tanggungan dan tnggal di tgh2 bndar.

Di sini sy sertakan link pandangan bekas menteri besar selangor yg lme yg ingin meminta pandangan dan ulasan org ramai dlm blognya..:

http://www.drkhir.com/2008/06/pelaksanaan-air-percuma-selangor.html

dan kerajaan pakatan rakyat sekarang mampu membuktikan manifestonya dan disokong dengan fakta ini:

http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/article.php?article=103

Saturday, June 11, 2011

Tarikan Selangor -TAMAN TEMA SNOWALK, I-CITY-

Taman Tema Snowalk,I-City, Shah Alam merupakan tarikan terbaru menggamit orang ramai ke bandar itu yang akan memberi pengalaman musim salji seperti di negara-negara hemisfera utara kepada pengunjung.

Snowalk dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 1 pagi pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 2 pagi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Bayaran termasuk baju sejuk sementara kasut pula dikenakan bayaran sewa sebanyak RM10.
Taman tema salji Snowalk terbesar di Malaysia bernilai RM20 juta itu mula dibuka kepada umum sejak Krismas lalu.

Antara tarikan di Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni.

Turut disediakan ialah permainan musim salji seperti gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.

Pegawai Perhubungan Awam I-City, Tang Soke Cheng berkata, Snowalk yang berkeluasan 15,000 kaki persegi itu amat sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana menyediakan pemandangan indah selain beberapa jenis permainan musim sejuk untuk semua golongan umur.

Apabila dirasmikan tidak lama lagi, Snowalk juga akan menjadi pusat pendidikan dan hiburan yang sesuai untuk golongan pelajar dan kanak-kanak.

Sejarah Negeri Selangor.

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan (Majuke??, maju macam mane ea??? bak kte nabil:" Lu pk la sendiri!! rakyat tetap rse susah dan terbeban. tp pimpinan kerajaan negeri pada masa itu hidup senang tanpa memikirkan kesusahan dan bebanan rakyat ketika itu..)


Kini, setelah PRU12 b'lalu SELANGOR sprt ad sinar baru buat rakyatnya.. nsib rakyat miskin & kurng b'upaya t'bela..byk k'mudhan yg tlh disediakan bt rakyatnya..<<anda bagaimana??>>
Siapakah Kerajaan Negeri yg memerintah ketika itu dan kini???.n hopefully b'terusan ats kepimpinan e2...

p/s: marilah kita bersama-sama m'nilai kedua-dua k'pimpinan t'sebut..& perlukan respon dr anda semua..

Aku adalah Aku..

Aku adalah hambaMU yang lemah. Punya banyak kelemahan. Harapanku semoga perlindungan dan kasih sayang tertumpu pada sepasang insan pecinta. Dan SUBAHANALLAH, ditumbuhkan kesan lucu akan tingkahku, ditumbuhkan benih-benih cinta bagi siapa pun yang memandangku. Dan hasilnya, tumbuhlah aku dalam berjuta kasih sayang yang menentramkan. Hingga aku mengerti, betapa besar anugrah Tuhan. Kali ini aku ingin membloggerkan diri dengan dengan peluang yang ada. Peluang ini hadir setelah aku dipaksa rela untuk menyempurnakan tugasanku sebagai seorang mahasiswa. Aku ingin orang mengenali keberadaanku, orang mengetahui sikapku dan ini adalah sebahagian dari usaha, agar hadirku lebih bermakna. Aku ingin lebih bermanfaat untuk lebih banyak sahabat dan menimba ilmu.